Sunday, August 15, 2010

DI SINI MUNGKIN BERMULA SEGALANYA UNTUK ANDA

Pelanggan budiman dan dihormati,


"Salam Sejahtera dan Selamat Datang" dari Kami semua di Balok Seaview Resort & Summer Camp untuk anda semua pelanggan yang kami hargai. Kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan di Resort ini.









Nama asal Resort ini ialah Kabana Inn yang telah didirikan sejak November 1993. Pada Julai 2008, Kabana Inn telah dibeli oleh Datuk Adzhar Bin Sulaiman. Semenjak itu Kabana Inn telah betukar kepada Balok Seaview Resort & Summer Camp.


Masih mengekalkan konsep rumah Melayu tradisional, Balok Seaview Resort & Summer Camp dengan 32 unit rumah-rumah chaletnya, menawarkan kepada anda semua "Percutian Suasana Kampung" yang menjanjikan ketenangan sepanjang penginapan anda dan keluarga di sini. Di sini juga terdapat kolam renang Dewasa dan Kanak-kanak serta kem bina semangat yang mempunyai 9 elemen larian berhalangan. Kemudahan ini sesuai untuk tujuan kem motivasi dan aktiviti lasak.




Balok Seaview Resort & Summer Camp turut menyediakan Dewan Lipis bagi tujuan mengadakan seminar atau aktiviti berkaitan. Dewan ini mampu memuatkan 150 orang pada satu-satu masa.


Bagi yang meminati percutian yang mencabar, Balok Seaview Resort & Summer Camp juga menawarkan Summer Camp yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Summer Camp ini dilengkapi dengan khemah-khemah yang boleh memuatkan 3-4 orang satu khemah, di tapak pasarana yang dilengkapi kemudahan tandas dan juga bilik mandi. Bagi yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila gunakan kemudahan pada laman blog Kami ini atau hubungi terus Kami di talian seperti pada pautan Profil Kami.

Hubungi Kami

Sila tekan F5 untuk load semula borang baru