"Salam Sejahtera dan Selamat Datang" dari Kami semua di Balok Seaview Resort & Summer Camp untuk anda semua pelanggan yang kami hargai. Kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan di Resort ini.
Nama asal Resort ini ialah Kabana Inn yang telah didirikan sejak November 1993. Pada Julai 2008, Kabana Inn telah dibeli oleh Datuk Adzhar Bin Sulaiman. Semenjak itu Kabana Inn telah betukar kepada Balok Seaview Resort & Summer Camp.
Masih mengekalkan konsep rumah Melayu tradisional, Balok Seaview Resort & Summer Camp dengan 32 unit rumah-rumah chaletnya, menawarkan kepada anda semua "Percutian Suasana Kampung" yang menjanjikan ketenangan sepanjang penginapan anda dan keluarga di sini. Di sini juga terdapat kolam renang Dewasa dan Kanak-kanak serta kem bina semangat yang mempunyai 9 elemen larian berhalangan. Kemudahan ini sesuai untuk tujuan kem motivasi dan aktiviti lasak.
Balok Seaview Resort & Summer Camp turut menyediakan Dewan Lipis bagi tujuan mengadakan seminar atau aktiviti berkaitan. Dewan ini mampu memuatkan 150 orang pada satu-satu masa.
Bagi yang meminati percutian yang mencabar, Balok Seaview Resort & Summer Camp juga menawarkan Summer Camp yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Summer Camp ini dilengkapi dengan khemah-khemah yang boleh memuatkan 3-4 orang satu khemah, di tapak pasarana yang dilengkapi kemudahan tandas dan juga bilik mandi. Bagi yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila gunakan kemudahan pada laman blog Kami ini atau hubungi terus Kami di talian seperti pada pautan Profil Kami.
salam .. sy ingn bertnya adakah resort tuan menawarkan pakej harga berpatutan sempena cuti sekolah dan adalah resort tuan menawarkan harga menarik sekiranya pengunjung chalet adalah ramai n melebhi 30 org?
ReplyDeletesalam..nk tanye ade sediakan pakej x utk xtvt student?
ReplyDeleteMalam ni sya akan check in disini.. terima kasih pada Adzrin Dato Azhar.. percutian honeymoon saya.. tak sabar rasa. Nk alami percutian ala2 kampung..
ReplyDeleteResort ni ada lagi ke? Mcm pelik jer
DeleteAda number phone resort ni tak ?
Deleteesok n ahad akan ke seaview resort ni
ReplyDelete